Monday, March 15, 2010

ADAB BERNIAGA

Maksud Berniaga

- Pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat-syarat tertentu

Mengapa Is

ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA SEDEKAH

Maksud Sedekah dan Hadiah

- Sedekah ialah pemberian yang dilakukan dengan ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah
- Hadiah ialah pemberian dari seseorang sebagai satu penghargaan,tanda kasih sayang atau pujian

Faedah Memberi Hadiah atau Sedekah

1) Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T
2) Disukai oleh orang ramai
3) Rezeki kita akan bertambah

Jenis-Jenis Sedekah

1) Memberi senyuman
2) Melaksakan amar makruf dan nahi mungkar
3) Menunjuk jalan kepada orang yang sesat
4) Membuang benda2 yang menghalang di jalan
5) Mensedekahkan wang ataupun harta
6) Menolong orang lain

Jelaskan Adab-Adab Memberi Sedekah dan Hadiah

1) Diberi dengan niat yang ikhlas kerana Allah
2) Mensedekahkan barang yang kita sayangi
3) Tidak mengungkit barang yang telah diberi

ADAB DENGAN PEMIMPIN

Maksud Pemimpin

- Orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi

Tanggungjawab Pemimpin Terhadap Rakyat

1) Menjaga agama
2) Berlaku adil dalam melaksanakan pemerintahan
3) Menyediakan keperluan asas kepada rakyat

Adab-Adab Rakyat dan Ahli Terhadap Pemimpin

1) Mentaati pemimpin selagi tidak menyuruh melakukan maksiat
2) Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara
3) Memberi sokongan padu
4) Menasihati pemimpin yang melakukan kesilapan dengan cara yang baik

Akibat Sekiranya Rakyat Tidak Mentaati Pemimpin

1) Tugas pemimpin akan terbantut
2) Memudahkan musuh menguasai negara
3) Pemimpin akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan rakyat

Nyatakan Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik Yang Wajib Ditaati

1) Beriman dan beragama
2) Berakhlak mulia
3) Bertanggungjawab
4) Bersikap adil
5) Jujur
6) Berani
7) Boleh menjadi model untuk rakyat

ADAB BERNEGARA

Senaraikan adab-adab bernegara

1) Mencintai Negara
2) Memajukan Negara
3) Mempertahankan Negara
4) Mengharumkan Nama Negara
5) Memelihara Keamanan Negara
6) Memberi Sumbangan dan Bakti
7) Menjaga Nama Baik Negara
8) Memelihara Perpaduan Masyarakat

Usaha Untuk Menghayati Slogan 'CINTAILAH NEGARA KITA'

1) Menjaga Alam Sekitar Dengan Tidak Melakukan Pencemaran
2) Menyertai Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Bulan Kemerdekaan yang Dianjurkan oleh Sekolah
3) Mengelakkan Pergaduhan dengan Menjaga Hubungan Baik Sesama Rakan

Faedah Menjaga Adab Bernegara

1) Negara Akan Bertambah Maju
2) Negara Aman
3) Negara Akan Selamat Daripada Ancaman Musuh Samada Dari Dalam Atau Luar Negara
4) Nama Negara Akan Harum di Mata Dunia