Monday, March 15, 2010

ADAB BERNIAGA

Maksud Berniaga

- Pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat-syarat tertentu

Mengapa Is

ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA SEDEKAH

Maksud Sedekah dan Hadiah

- Sedekah ialah pemberian yang dilakukan dengan ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah
- Hadiah ialah pemberian dari seseorang sebagai satu penghargaan,tanda kasih sayang atau pujian

Faedah Memberi Hadiah atau Sedekah

1) Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T
2) Disukai oleh orang ramai
3) Rezeki kita akan bertambah

Jenis-Jenis Sedekah

1) Memberi senyuman
2) Melaksakan amar makruf dan nahi mungkar
3) Menunjuk jalan kepada orang yang sesat
4) Membuang benda2 yang menghalang di jalan
5) Mensedekahkan wang ataupun harta
6) Menolong orang lain

Jelaskan Adab-Adab Memberi Sedekah dan Hadiah

1) Diberi dengan niat yang ikhlas kerana Allah
2) Mensedekahkan barang yang kita sayangi
3) Tidak mengungkit barang yang telah diberi

ADAB DENGAN PEMIMPIN

Maksud Pemimpin

- Orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi

Tanggungjawab Pemimpin Terhadap Rakyat

1) Menjaga agama
2) Berlaku adil dalam melaksanakan pemerintahan
3) Menyediakan keperluan asas kepada rakyat

Adab-Adab Rakyat dan Ahli Terhadap Pemimpin

1) Mentaati pemimpin selagi tidak menyuruh melakukan maksiat
2) Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara
3) Memberi sokongan padu
4) Menasihati pemimpin yang melakukan kesilapan dengan cara yang baik

Akibat Sekiranya Rakyat Tidak Mentaati Pemimpin

1) Tugas pemimpin akan terbantut
2) Memudahkan musuh menguasai negara
3) Pemimpin akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan rakyat

Nyatakan Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik Yang Wajib Ditaati

1) Beriman dan beragama
2) Berakhlak mulia
3) Bertanggungjawab
4) Bersikap adil
5) Jujur
6) Berani
7) Boleh menjadi model untuk rakyat

ADAB BERNEGARA

Senaraikan adab-adab bernegara

1) Mencintai Negara
2) Memajukan Negara
3) Mempertahankan Negara
4) Mengharumkan Nama Negara
5) Memelihara Keamanan Negara
6) Memberi Sumbangan dan Bakti
7) Menjaga Nama Baik Negara
8) Memelihara Perpaduan Masyarakat

Usaha Untuk Menghayati Slogan 'CINTAILAH NEGARA KITA'

1) Menjaga Alam Sekitar Dengan Tidak Melakukan Pencemaran
2) Menyertai Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Bulan Kemerdekaan yang Dianjurkan oleh Sekolah
3) Mengelakkan Pergaduhan dengan Menjaga Hubungan Baik Sesama Rakan

Faedah Menjaga Adab Bernegara

1) Negara Akan Bertambah Maju
2) Negara Aman
3) Negara Akan Selamat Daripada Ancaman Musuh Samada Dari Dalam Atau Luar Negara
4) Nama Negara Akan Harum di Mata Dunia

Sunday, February 14, 2010

IMAN MUTIARA HIDUP

Maksud Iman

Bahasa
- Mengakui,mengiktiraf dan membenarkan sesuatu tanpa menduskannya

Istilah
- Membenarkan dengan hati,mengiktiraf dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota

Cara-cara bagi menambah iman

1) Melakukan ibadah wajib dan sunat
2) Taat segala perintah Alah
3) Menigkatkan Ilmu
4) Membaca Al-Quran memahami dan menghayati kandugannya
5) Menjadikan syariat Islam sebagai cara hidup

Ciri-ciri orang yang bertambah iman

1) Banyak melakukan ibadat sunat
2) Sentiasa berzikir,bertasbih,bertahmid dan berdoa.
3) Muhasabah diri
4) Selalu berzikir tentang kebesaran Allah

Sifat orang beriman

1) Qanaah
2) Sentiasa ingat Allah
3) Redha menerima takdir Allah
4) Ikhlas dalam ibadat dan amal

Maksud kemanisan iman

- Berasa gembira dalam melakukan ibadat/dan sanggup menanggung kesusahan demi
mendapat keredaan Allah dan Rasulnya.

Waktu seseorang dapat rasa kemanisan iman

1) Cinta Allah dan rasul melebihi segalanya
2) Mengasihi sesama manusia kerana Allah
3) Benci kepada api neraka dan kekufuran

LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM

Sebab diperintahkan perlindungan kepada orang bukan Islam
- Kerana mereka golongan yang tak mengetahui

Bentuk perlindungan yang boleh diberikan

1) Menjaga keamanan
2) Menolong dalam kesusahan
3) Memberi tempat tinggal

Kesan positif perlindungan yang diberikan

1) Islam akan lebih dihormati
2) Syiar Islam akan berkembang
3) Islam menjadi contoh
4) Islam menjadi model
5) Meringankan beban yang ditanggung
6) Mereka akan dapat faham Islam dengan mendalam

Tujuan memberikan perlindungan

1) Untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang bukan Islam
2) Memimpin ke jalan yang benar
3) Membuktikan Islam agama yang benar
kan Islam

Cara memberi perlindungan kepada orang bukan Islam yang berminat dengan Islam

1) Memastikan hak-hak mereka dijaga
2) Memastikan kebajikan mereka dijaga
3) Mewujudkan suasana aman dan sentosa
4) Bergaul dengan cara baik

2 cara berdakwah yang disebut dalam ayat.

1) Memberi perlindungan
2) Menghantar ke tempat yang aman
3) Memberi penerangan tentang Islam

Persediaan umat Islam untuk hadapi musuh

1) Memupuk semangat jihad yang tinggi
2) Berkemahiran menggunakan senjata
3) Menguasai kepakaran menggunakan senjata dengan baik
4) Mengusai ilmu pengetahuan
5) Memastikan umat Islam sentiasa berada dalam fizikal dan mental yang baik

Pengajaran ayat

1) Kita diwajibkan memberi perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan
dakwah kepada mereka
2) Wajib tunjuk teladan yang baik kepada orang bukan Islam
3) Wajib menyampaikan mengenai Islam kepada orang bukan Islam